Tuesday 5 February 2019

Al-Imran Ayat 104

4.3.104 
Juz:
4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 104:


.
Ringkasan tafsir;

Ayat ini menyeru kepada umat Islam yang mukalaf am’nya supaya menyeru berdakwah kepada  kebaikan kebajikan dan menegah daripada melakukan kejahatan. (lihat juga pada ayat 4.3.110). 

Ayat ini ditujukan juga khas kepada pemimpin Agama dan ketua ulamak  supaya menyebarkan dakwah seruan agama dengan mengikut syarat yang cukup supaya seruan dakwah itu dapat disampaikan dengan sempurna supaya berjalan lancar sebagai contoh yang boleh dijadikan tauladan kepada  manusia;

1. Hendaklah mengetahui isi kandungan Al-Quran dan As-Sunah perjalanan sejarah Nabi serta para Al-Khulafa’ar-Rasyidin.

2. Hendaklah mengetahui keadaan tabiat  dan perkerti setiap umat manusia yang berhubung jenis pergaulan hidup mereka.

3. Hendaklah mengetahui bahasa yang digunakan oleh golongan yang diserunya.

4. Hendaklah mengetahui jenis mazhab-mazhab dalam agama-agama sesuatu umat dan bangsa supaya boleh buat perbandingan untuk memperbetulkan pada mana-mana yang batil supaya dapat diperlihatkan dengan jelas kepada manusia.



Oleh yang demikian secara umumnya bahawa tugas menyampai dakwah seruan agama itu tidak boleh dijalankan melainkan oleh orang-orang yang pakar kushus mengetahui perkara benar rahsia hukum agama dan memahaminya terlebih dahulu isi kitab AlQuran. 
(lihat juga ayat 122 surah At-Taubah).


.
[previous] [next] [home]



.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
4, Surah3 
Terjemahan,
101~110,
[GS]   https://sites.google.com/site/hartasepencarian/3-1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      

Saturday 15 August 2015

Ulasan Surah Az-Zalzalah.



Surah 99:   
 
AZ ZALZALAH (kegoncangan).

Surah ini terdiri atas 8 ayat, termasuk golongan surah-surah Madaniyyah diturunkan sesudah surah An Nisaa.  Nama “Az Zalzalah” diambil dari kata “Zilzaal” yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang bererti goncangan.



Sumber; 
Khatam terjemahan ayat-ayat Az Zalzalah (1~8),      
[BS]
http://inovasiramadan.blogspot.com/2013/09/99.html


.

Thursday 13 August 2015

Ulasan Surah Asy-Syams.



Surah 91:   
 
ASY SYAMS (matahari).

Surah Asy Syams terdiri atas 15 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah, diturunkan sesudah surah Al Qadar.

Dinamai “Asy Syams” (matahari),  diambil dari perkataan Asy Syams yang terdapat pada ayat permulaan surah ini.


Sumber; 
Khatam terjemahan ayat-ayat Asy Syams (1~15),      
[BS]
http://p219miri.blogspot.com/2013/09/91.html



.